4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi


1)  Kawan yang tamak
Dia hanya pentingkan diri sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia dekati. Tapi masa kita susah dia menjauhkan diri. Dia selalu mengungkit-ungkit kebaikannya


2)  Kawan yang hipokrit
Di depan kita bukan main baiknya. Di depan kita bukan main manis mulutnya. Dia tunjuk hormat dan puji-puji kita. Tapi dibelakang kita, dia kutuk, dia caci, dia maki kita. Habis rahsia dan keburukan kita diceritakan kepada orang lain. Dia ni jenis tikam belakang

3)  Kawan pengampu
Dia setuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ‘ada udang disebalik batu’ (ada motif tertentu yang kita tidak tahu)


4)  Kawan yang suka hiburan
Dia menjadi kawan kita hanya untuk tujuan berseronok-seronok. Dia suka mengajak kita kepada perkara yang sia-sia contohnya pergi konsert, clubbing atau ‘melepak’ tanpda tujuan. Kerja dia hanya nak berseronok jer. Bila kita ajak dia pergi masjid atau majlis agama, dia hanya ketawakan kita
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PROGRAM MOTIVASI KEPUTRA BERSAMA DENGAN MAHASISWA UPM

TARIKH : 18 hingga 20 Februari 2011
TEMPAT: SBP Integrasi Temerloh
SASARAN : Semua pelajar Tingkatan 4


slot pembentangan oleh pelajar 
jom riadah :)


'cuaknya'...

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Pendidikan dan Kerjaya (Embassy of Japan in Malaysia)

TARIKH : 16 Februari 2011
MASA : 2.00 hingga 5.00 petang
TEMPAT : Dewan Darun Nadwah
SASARAN : Pelajar Tingkatan 4 dan 5


Tetamu jemputan dan VIP.








1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Memaknakan Kehidupan

Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.
Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.
Sedangkan, makna hidup itu wujud.
Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.

1. Mempunyai matlamat
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan.



  2. Merancang strategi mencapai matlamat
Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.
Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.
Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.

3. Mengkualitikan waktu yang wujud
Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !