SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54

Semoga keamanan & kemakmuran Malaysia menjadi milik kita bersama :)
a
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SELAMAT HARI RAYA! JOM BALIK KAMPUNG ..




salam aidifitri maaf zahir dan batin...
    tulus ikhlas, UBKSBPIT :)

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bangunlah Wahai Pemuda

Pemuda, kini harapan di tangan anda, apakah anda mahu bersama kapal penggerak umat ini? Mari kita bersama dalam bahtera ini. Setiap kita bertanggungjawab membangunkan penjuru-penjuru negara yang luas ini. Ayuh mari kita persiapkan diri. Barangsiapa yang tidak bersiap untuk menguasai mana-mana penjuru dan tidak mahu menguasai suatu bidang yang menjadikannya sebagai “pembuat kehidupan”, sebaliknya memilih untuk menjadi mahasiswa penggiat skrin, dengan menonton movie, video game, facebook (sehingga lara), atau syok bercinta di jalan yang keruh, maka bahtera kekuatan ini tidak akan menunggu anda, kerana kami yakin, di luar sana, masih ada ramai hati-hati yang serius dan bersungguh untuk menyertai bahtera ini.

Bangkitlah pemudaku, berusahalah menjadi pemuda yang gagah berani, siap untuk menempuh ujian dan beban, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan negara dan generasi seperti inilah yang sanggup memikul amanah membela negara, serta bersedia berkorban menghadapi tribulasi perjuangan dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, cita-cita ini akan mendapat kebaikan, keampunan dari Tuhan dan syurga yang tidak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih (beruntung). Bangkitlah untuk menyertai bahtera pembangunan negara ini!

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAHNIAH KERANA SBP INTEGRASI TEMERLOH TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Jangan Pernah Berputus Asa

Kekalkanlah kepercayaan kamu walaupun hanya tinggal secebis.

Ada masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi. Lain manusia, lain tidak punya harapannya.

Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemasiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.

Ada orang lain pula, merasakan bahawa dirinya tidak punya harapan untuk bahagia. Dalam hidupnya hanya ada kesusahan. Dari kecil tidak difahami. Asyik dibenci walau telah mencuba yang terbaik. Sering gagal walau telah berusaha. Dan dalam apa jua kerjanya, tindakannya, perjalanan hidupnya, pasti ada dugaan dan cubaan yang membawa derita mengekorinya.

Dan ada macam-macam jenis lagi ‘perasaan tidak punya harapan’ yang wujud pada manusia.

Dan perasaan-perasaan ini biasanya membawa kita kepada ‘penutupan kepercayaan kita kepada Tuhan’. Kita rasa Tuhan tidak menyebelahi kita. Kita rasa Tuhan memang nak masukkan kita dalam neraka. Kita rasa Tuhan memang telah mentakdirkan kita dengan penderitaan. Kita rasa itu, dan kita rasa ini.

Tapi, ingatlah...Jangan pernah putus harapan...


Percayalah. Walaupun seperti menelan pasir peritnya. Bersabarlah. Walaupun seperti sedang berada di atas bara api penderitaannya. Dan walau apa pun yang terjadi, walaupun kita sudah terjatuh dalam gaung yang terdalam sekali dalam berputus asa kepada Tuhan, kekalkanlah walau secebis kepercayaan yang kita mampu.


Moga-moga daripada itulah, Tuhan akan keluarkan kita daripada segala penderitaan, daripada segala masalah, daripada segala mehnah dan tribulasi, daripada kesedihan, daripada maksiat, daripada kejatuhan, daripada keingkaran yang kita lakukan dan hadapi.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAHNIAH KERANA SBP INTEGRASI TEMERLOH TELAH MENERIMA ANUGERAH NEW DEAL


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !