Program Bicara Tokoh & Forum Khas Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2011

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, 28010 Temerloh, Pahang Darul Makmur.


Tarikh : 20 April 2012
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 11.00 malam
Tempat : Bilik Seminar SBPIT


Program Bicara Tokoh & Forum Khas Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2011 diadakan bagi mewujudkan perkongsian rahsia kecemerlangan bersama pelajar tingkatan 5 tahun 2012 sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara bekas pelajar dan pelajar-pelajar SBP Integrasi Temerloh. Program ini juga dapat mencetuskan sumber inspirasi dan motivasi untuk lebih berjaya dengan cemerlang pada SPM 2012. Hal ini akan membolehkan sekolah kita berpotensi untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dan kejayaan selaras dengan matlamat PIPP.


Abdullah Anas bin Hussin, Pelajar Terbaik SPM 2011 Pahang menyampaikan ucapan.

Forum khas bersama pelajar cemerlang Muhammad Ikram bin Hj Omar, Ahmad Zaki Rabbani bin Zulkfli@Zulkifli, Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli dan Hazirah binti Salleh.

Para guru dan para pelajar tingkatan 5 SBPIT serta pelajar indonesia dari SMA Negeri 2, Dumai sedang tekun mendengar forum.

Tuan Pengetua, Pn Normah bt Ismail sedang memberi cenderamata kepada peserta forum.

Pelajar - pelajar cemerlang SPM 2011 bergambar dengan guru - guru.

Pelajar - pelajar Indonesia turut bergambar sebagai tanda kenangan.

Pelajar - pelajar SPM 2011 sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Semoga pelajar - pelajar dapat mencontohi dan mengikuti jejak langkah pelajar - pelajar cemerlang SPM 2011. Diharapkan kepada pelajar - pelajar SPM 2011 terus maju dalam hidup seterusnya berjaya mencapai cita - cita yang diimpikan.



1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !