PROGRAM PERMATA HARAPAN TINGKATAN 3 2015

TARIKH : 19/10/2015  30/10/2015

PELAJAR YANG TERLIBAT : PELAJAR TINGKATAN 3

 

Program Permata Harapan Tingkatan 3 ( PASCA PT3 ) ini diadakan bagi mengisi masa lapang untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 apabila selesainya peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga . Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam setiap diri pelajar . Program ini diselaraskan secara keseluruhan oleh pihak Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh .  Selain itu , program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdedikasi dan cergas dari segala aspek rohani dan jasmani agar menjadi generasi yang cemerlang menjelang tahun 2016 . Justeru itu , para pelajar seharusnya menggunakan sebaik mungkin peluang yang telah diberikan oleh pihak sekolah untuk menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri pelajar . Program ini juga sedikit sebanyak dapat melatih diri pelajar supaya berdispilin dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing kerana mereka merupakan aset penting bagi sekolah sekaligus mengharumkan nama sekolah apabila dewasa kelak . 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program PASCA PT3 ialah : 

  1.                           Pertandingan Bowling Antara Rumah Sukan 




     
  2.                           
    Pertandingan Ironchef ( Aspuri ) & Kereta Solar ( Aspura )
     3.                             Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring 



 4 .                                   Pertandingan AppreciatedSchool ( Mengecat Dinding PSS ) 


5 .                                     Pertandingan Sekolahku Hijau ( Menanam Pokok ) 

6 .                                           Lawatan ke Sekolah Tahfiz Al-Wadi  
     



 7 .                                        Pertandingan Senamrobik Antara Rumah 



 8 .                     Perkhemahan Di Pusat Biodiversiti Bukit Rengit , Lanchang , Pahang
                                   
                        

 
                       
             
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

          PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2015




TARIKH : 16 SEPTEMBER 2015
TEMPAT :GUA KOTA GELANGGI & FELDA RESIDENCE TEKAM RESORT 


Program Pembimbing Rakan Sebaya 2015 bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara para pengawas PRS dan guru-guru . Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keunikan dan keistimewaan alam sekitar di sekitar kawasan Jerantut , Pahang . Selain itu , para pelajar juga dapat mengenal dan menghargai alam sekitar sekaligus memperoleh sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang berguna kepada mereka untuk kehidupan kelak . Di samping itu , segala aktiviti yang diadakan untuk para pelajar adalah untuk melatih diri mereka supaya berdisiplin serta memotivasikan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik . Sebagai seorang pengawas PRS , mereka haruslah menitikberatkan perhubungan antara guru-guru dan para pelajar supaya ilmu yang dicurahkan oleh guru diberkati .PRS juga penting kepada sekolah kerana mereka yang akan membantu para pelajar yang bermasalah ke arah kebaikan .  Oleh itu , pihak sekolah telah  mengadakan program ini  untuk bersama para PRS Tingkatan 5 yang akan meninggalkan sekolah pada tahun berikutnya
   



           
                                                           Kenangan di Gua Kota Gelanggi

                                                         
                                                   Hubungan Di Antara Guru Dan Pelajar ^,^




 




 
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

         PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN , RESTU ILMU  DAN SOLAT HAJAT TINGKATAN 3 & 5  2015

 

 

TEMPAT : DEWAN DARUN NADWAH 
TARIKH : 02 OKTOBER 2015 
MASA : 08.00 PAGI - 08.00 MALAM 
PELAJAR YANG TERLIBAT : PARA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5


Program Motivasi Keibubapaan Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara para pelajar , guru-guru serta ibu bapa pelajar tingkatan 3 & 5 . 
Program ini juga diadakan sebelum para pelajar menduduki peperiksaan yang besar untuk memberikan sedikit sebanyak semangat dan motivasi dalam diri pelajar agar sentiasa bersemangat tidak mengenal erti penat lelah mencari ilmu sebagai seorang pelajar Sekolah Berasrama Penuh . Selain itu , pihak sekolah telah menjemput beberapa penceramah yang berpengalaman untuk memberi sedikit motivasi yang berguna kepada para pelajar . Ibu bapa juga diminta hadir ke sekolah untuk menyertai ceramah yang diadakan supaya dapat mengambil input-input yang berguna . Program ini juga bertujuan untuk memohon maaf dan meminta restu dari semua guru-guru yang secara langsung terlibat mengajar mereka . Pada waktu malam akan diadakan solat hajat perdana di surau bersama ibu bapa untuk mendoakan kecemerlangan para pelajar . Kesimpulan dari program ini adalah dapat membentuk para pelajar untuk menjadi lebih baik kerana mereka merupakan tunggak utama sekolah dan menjadi insan yang cemerlang apabila dewasa kelak . 








1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !