Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Program Bicara Tokoh & Forum Khas Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2011

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, 28010 Temerloh, Pahang Darul Makmur.


Tarikh : 20 April 2012
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 11.00 malam
Tempat : Bilik Seminar SBPIT


Program Bicara Tokoh & Forum Khas Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2011 diadakan bagi mewujudkan perkongsian rahsia kecemerlangan bersama pelajar tingkatan 5 tahun 2012 sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara bekas pelajar dan pelajar-pelajar SBP Integrasi Temerloh. Program ini juga dapat mencetuskan sumber inspirasi dan motivasi untuk lebih berjaya dengan cemerlang pada SPM 2012. Hal ini akan membolehkan sekolah kita berpotensi untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dan kejayaan selaras dengan matlamat PIPP.


Abdullah Anas bin Hussin, Pelajar Terbaik SPM 2011 Pahang menyampaikan ucapan.

Forum khas bersama pelajar cemerlang Muhammad Ikram bin Hj Omar, Ahmad Zaki Rabbani bin Zulkfli@Zulkifli, Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli dan Hazirah binti Salleh.

Para guru dan para pelajar tingkatan 5 SBPIT serta pelajar indonesia dari SMA Negeri 2, Dumai sedang tekun mendengar forum.

Tuan Pengetua, Pn Normah bt Ismail sedang memberi cenderamata kepada peserta forum.

Pelajar - pelajar cemerlang SPM 2011 bergambar dengan guru - guru.

Pelajar - pelajar Indonesia turut bergambar sebagai tanda kenangan.

Pelajar - pelajar SPM 2011 sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Semoga pelajar - pelajar dapat mencontohi dan mengikuti jejak langkah pelajar - pelajar cemerlang SPM 2011. Diharapkan kepada pelajar - pelajar SPM 2011 terus maju dalam hidup seterusnya berjaya mencapai cita - cita yang diimpikan.



1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Jangan hanya sekadar 'maaf' , Usaha tebus sedaya-upaya

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------

Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Saat Sesi Persekolahan Sudah Tamat...

We do not remember days, we remember moments...

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


WALAU SESI PERSEKOLAHAN SUDAH TAMAT, 
JANGAN PERNAH LUPA PERJUANGAN ANDA SEBAGAI SEORANG PELAJAR!
TERUSKAN RISALAH HIDUP DENGAN AZAM BARU PADA SETIAP HARI!

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ruang Muhasabah Sebelum Menghadapi Peperiksaan

Pandang semula ke belakang.
Benarkah sudah studi dengan bersungguh-sungguh? Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa?

Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita? Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain? Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita? Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?

Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Tuhan? Apakah kita melaksanakan perintah Tuhan? Adakah kita meninggalkan larangan Tuhan? Atau kita tidak peduli dengan itu semua?

Ya. Pandang semua ini. Pandang.

Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.

Bukan salah Tuhan yang menentukan segalanya sebenarnya. Salah kita.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KEPENTINGAN IBADAH KORBAN




‎1.Ibadah Korban pengampun dosa

“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim)


2.Ancaman meninggalkan Korban sekiranya mampu

“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MAN JADDA WA JADA

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KEPADA PARA PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 4...SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA..amin

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kisah Paku Di Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.


Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata 

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita...

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TIPS DI AMBANG PEPERIKSAAN


1.MEMBUAT PEMBACAAN AWAL SEBELUM SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

2. HADIR KE SEKOLAH DENGAN HATI YANG TERBUKA

3.FOKUS KETIKA BELAJAR

4. BERKORBAN MASA UNTUK BELAJAR

5. BERETIKA DAN BERDISIPLIN DENGAN MEMATUHI JADUAL PEMBELAJARAN YANG TELAH DITETAPKAN

6. MEMBUAT PERBINCANGAN SECARA BERKUMPULAN ( GURU MUDA)

7. MEMBUAT NOTA RINGKAS

8.MENYEMPURNAKAN SETIAP TUGASAN TEPAT PADA WAKTUNYA

9. MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN SERTA TIDUR SECUKUPNYA

10. BERIBADAH DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT...

SELAMAT MAJU JAYA!




1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

10 Jenis Penyakit Penghalang Kejayaan


1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

3.TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA

4. MEMPUNYAI CITA-CITA TETAPI TIDAK BERUSAHA MENCAPAINYA

5. MENGAMBIL 'SHORT CUT'

6. TERLALU SANTAI

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG REMEH

8. CEPAT MENYERAH KALAH

9. SUKA BERIMAGINASI

10. MUDAH BERPUAS HATI DENGAN KEJAYAAN SEDIA ADA...

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bangunlah Wahai Pemuda

Pemuda, kini harapan di tangan anda, apakah anda mahu bersama kapal penggerak umat ini? Mari kita bersama dalam bahtera ini. Setiap kita bertanggungjawab membangunkan penjuru-penjuru negara yang luas ini. Ayuh mari kita persiapkan diri. Barangsiapa yang tidak bersiap untuk menguasai mana-mana penjuru dan tidak mahu menguasai suatu bidang yang menjadikannya sebagai “pembuat kehidupan”, sebaliknya memilih untuk menjadi mahasiswa penggiat skrin, dengan menonton movie, video game, facebook (sehingga lara), atau syok bercinta di jalan yang keruh, maka bahtera kekuatan ini tidak akan menunggu anda, kerana kami yakin, di luar sana, masih ada ramai hati-hati yang serius dan bersungguh untuk menyertai bahtera ini.

Bangkitlah pemudaku, berusahalah menjadi pemuda yang gagah berani, siap untuk menempuh ujian dan beban, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan negara dan generasi seperti inilah yang sanggup memikul amanah membela negara, serta bersedia berkorban menghadapi tribulasi perjuangan dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, cita-cita ini akan mendapat kebaikan, keampunan dari Tuhan dan syurga yang tidak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih (beruntung). Bangkitlah untuk menyertai bahtera pembangunan negara ini!

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Jangan Pernah Berputus Asa

Kekalkanlah kepercayaan kamu walaupun hanya tinggal secebis.

Ada masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi. Lain manusia, lain tidak punya harapannya.

Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemasiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.

Ada orang lain pula, merasakan bahawa dirinya tidak punya harapan untuk bahagia. Dalam hidupnya hanya ada kesusahan. Dari kecil tidak difahami. Asyik dibenci walau telah mencuba yang terbaik. Sering gagal walau telah berusaha. Dan dalam apa jua kerjanya, tindakannya, perjalanan hidupnya, pasti ada dugaan dan cubaan yang membawa derita mengekorinya.

Dan ada macam-macam jenis lagi ‘perasaan tidak punya harapan’ yang wujud pada manusia.

Dan perasaan-perasaan ini biasanya membawa kita kepada ‘penutupan kepercayaan kita kepada Tuhan’. Kita rasa Tuhan tidak menyebelahi kita. Kita rasa Tuhan memang nak masukkan kita dalam neraka. Kita rasa Tuhan memang telah mentakdirkan kita dengan penderitaan. Kita rasa itu, dan kita rasa ini.

Tapi, ingatlah...Jangan pernah putus harapan...


Percayalah. Walaupun seperti menelan pasir peritnya. Bersabarlah. Walaupun seperti sedang berada di atas bara api penderitaannya. Dan walau apa pun yang terjadi, walaupun kita sudah terjatuh dalam gaung yang terdalam sekali dalam berputus asa kepada Tuhan, kekalkanlah walau secebis kepercayaan yang kita mampu.


Moga-moga daripada itulah, Tuhan akan keluarkan kita daripada segala penderitaan, daripada segala masalah, daripada segala mehnah dan tribulasi, daripada kesedihan, daripada maksiat, daripada kejatuhan, daripada keingkaran yang kita lakukan dan hadapi.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEMINAR KEMAHIRAN BELAJAR DAN MOTIVASI OLEH DR.AZMI

TARIKH : 22 Jun 2011
TEMPAT: Dewan Darun Nadwah, SBP Integrasi Temerloh
PENCERAMAH JEMPUTAN: Dr. Azmi


Sesi ceramah sedang diadakan


Dr. Azmi bersama dengan guru-guru sekolah


Khusyuk dan Fokus :)

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Manusia tidak akan berhenti bercakap



Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
Bila kita jadi baik, ORANG MELUAT...
Bila kita patuhi pantang larang agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar pantang larang agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS..
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..
Bila kita pakai sopan sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILER'.
Bila kita pakai 'dedah sana sini', ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH ?!..
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK ?.."
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK BUAT KERJA ORANG LAIN NI WATPE?!..
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APASAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?.


Dan sebenarnya ramai orang lain yang tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia.
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kebaikan Di Sebalik Kegagalan Yang Dihadapi

Daripada lompong-lompong kesilapan kita itu, kita belajar...

Tahukah apa itu kejayaan atas angin? Itulah dia kejayaan palsu.

Contoh, kita berjaya di dalam peperiksaan bukan kerana kita pakar atau faham dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi bernasib baik. Bernasib baik kerana sudah ada soalan bocor. Nasib baik kerana apa yang kita baru baca pada malam peperiksaan masuk. Nasib baik kerana, pensyarah tambahkan markah. Nasib baik kerana, kita sudah buat banyak latih tubi, dan jenis-jenis soalan tersebut masuk periksa.

Ini adalah kejayaan yang pada saya tak ada maknanya. Sebab kita sebenarnya tidak akan mampu memanfaatkan ilmu di dalam hal ini. Kita sebenarnya tidak pakar. Kita sebenarnya bodoh. Kita hanya bernasib baik. Berbelas A, atau segulung ijazah tidak bermakna sekiranya kita berjaya demikian.

Maka, dalam situasi ini, pada saya, kalau kita gagal, kalau kita tidak mendapat markah yang baik, kadangkala itu lebih baik. Moga-moga apabila kita gagal itu, kita tergerak untuk belajar lagi, melihat semula mengapa kita gagal. Di mana kita gagal. Agar kita belajar lebih banyak lagi. Faham dengan lebih baik lagi.

Sebab itu kadang-kadang, orang-orang yang bermarkah rendah lebih memahami mata pelajaran, atau pengkhususan dalam kos yang diambilnya. Kerana bila mereka mendapat markah yang rendah, mereka mengulangkaji semula. Belajar semula. Memahaminya semula. Berbanding mereka yang ‘bernasib baik’, cemerlang dan kemudian tidak melihat semula.





1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Forum Khas dan Bicara Tokoh Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2010

TARIKH : 14 April 2011
TEMPAT: Bilik Seminar, SBP Integrasi Temerloh
MASA: 9 - 10 malam
SASARAN: Pelajar Tingkatan 4 & 5

Forum Khas & Bicara Tokoh bersama Pelajar Cemerlang SPM 2011


Muhammad Arif bin Muhamad Najib, pelajar cemerlang SPM 2010 negeri Pahang, 9A+


Sesi temubual


Guru-guru SBPIT


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 2010

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BESAR dulu baru KECIL ?

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”


Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”

“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”

Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:

Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Motivasi Bersama Dr. Izzi

TARIKH : 28 Februari 2011
TEMPAT : SMK Kerdau
SASARAN : Tingkatan 4 dan 5


Prof. Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali (Dr. Izzi)


Penonton begitu bersemangat mendengar ceramah daripada Dr. Izzi

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi


1)  Kawan yang tamak
Dia hanya pentingkan diri sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia dekati. Tapi masa kita susah dia menjauhkan diri. Dia selalu mengungkit-ungkit kebaikannya


2)  Kawan yang hipokrit
Di depan kita bukan main baiknya. Di depan kita bukan main manis mulutnya. Dia tunjuk hormat dan puji-puji kita. Tapi dibelakang kita, dia kutuk, dia caci, dia maki kita. Habis rahsia dan keburukan kita diceritakan kepada orang lain. Dia ni jenis tikam belakang

3)  Kawan pengampu
Dia setuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ‘ada udang disebalik batu’ (ada motif tertentu yang kita tidak tahu)


4)  Kawan yang suka hiburan
Dia menjadi kawan kita hanya untuk tujuan berseronok-seronok. Dia suka mengajak kita kepada perkara yang sia-sia contohnya pergi konsert, clubbing atau ‘melepak’ tanpda tujuan. Kerja dia hanya nak berseronok jer. Bila kita ajak dia pergi masjid atau majlis agama, dia hanya ketawakan kita
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Pendidikan dan Kerjaya (Embassy of Japan in Malaysia)

TARIKH : 16 Februari 2011
MASA : 2.00 hingga 5.00 petang
TEMPAT : Dewan Darun Nadwah
SASARAN : Pelajar Tingkatan 4 dan 5


Tetamu jemputan dan VIP.








1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Memaknakan Kehidupan

Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.
Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.
Sedangkan, makna hidup itu wujud.
Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.

1. Mempunyai matlamat
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan.



  2. Merancang strategi mencapai matlamat
Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.
Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.
Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.

3. Mengkualitikan waktu yang wujud
Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !