LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRS

TARIKH : 15 Oktober 2011
TEMPAT : Water Park Gambang Resort
SASARAN : PRS Tingkatan 1, 2, 3 & 4 dan guru penasihat PRS



Ahli PRS bergambar di tugu Bukit Gambang Water Park.

Seronoknya nak mandi sekejap lagi.


Wah, ada air terjun.


jom mandi air :)


Jom pergi Gambang Water Park ramai-ramai.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kisah Paku Di Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.


Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata 

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita...

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAMUAN JALINAN MESRA PRS

TARIKH : 14 Oktober 2011
TEMPAT : Restoran Serasi, Temerloh
SASARAN : Semua PRS, 3 guru kaunseling
TETAMU JEMPUTAN : GPK HEM


Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 5 sedang memotong kek 
sesi penyampaian hadiah
Kek Jamuan Jalinan Mesra PRS 2011


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Outreach dan Motivasi Kecemerlangan Diri (Program Jaringan)

TARIKH : 12 Oktober 2011
TEMPAT: SK Paya Taram, Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur
SASARAN PESERTA : Murid Tahun 4, 5 & 6 SK Paya Taram

Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada kaum melayu dan orang asli

Ucapan PRS Tingkatan 3 SBPIT, Muhammad Abidil bin Othman
Guru Besar SK Paya Taram dan Guru Kaunseling SBPIT

Sesi latihan dalam kumpulan (LDK) kelompok besar

Murid-murid bersemangat melaksanakan aktiviti



1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !