4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi


1)  Kawan yang tamak
Dia hanya pentingkan diri sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia dekati. Tapi masa kita susah dia menjauhkan diri. Dia selalu mengungkit-ungkit kebaikannya


2)  Kawan yang hipokrit
Di depan kita bukan main baiknya. Di depan kita bukan main manis mulutnya. Dia tunjuk hormat dan puji-puji kita. Tapi dibelakang kita, dia kutuk, dia caci, dia maki kita. Habis rahsia dan keburukan kita diceritakan kepada orang lain. Dia ni jenis tikam belakang

3)  Kawan pengampu
Dia setuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ‘ada udang disebalik batu’ (ada motif tertentu yang kita tidak tahu)


4)  Kawan yang suka hiburan
Dia menjadi kawan kita hanya untuk tujuan berseronok-seronok. Dia suka mengajak kita kepada perkara yang sia-sia contohnya pergi konsert, clubbing atau ‘melepak’ tanpda tujuan. Kerja dia hanya nak berseronok jer. Bila kita ajak dia pergi masjid atau majlis agama, dia hanya ketawakan kita
1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !