Ruang Muhasabah Sebelum Menghadapi Peperiksaan

Pandang semula ke belakang.
Benarkah sudah studi dengan bersungguh-sungguh? Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa?

Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita? Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain? Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita? Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?

Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Tuhan? Apakah kita melaksanakan perintah Tuhan? Adakah kita meninggalkan larangan Tuhan? Atau kita tidak peduli dengan itu semua?

Ya. Pandang semua ini. Pandang.

Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.

Bukan salah Tuhan yang menentukan segalanya sebenarnya. Salah kita.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !