Info Sekolah

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh adalah sekolah berasrama penuh integrasi yang diasaskan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh En. Abdul Razak bin Alias. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh. Kemudian, dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Temerloh.
Pada 1 Jun 2002, sekolah ini kemudiannya dinaik taraf kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi oleh Sektor SBP Kementerian Pelajaran Malaysia.




CARTA ORGANISASI SBPIT
(Pengetua)
Pn. Normah Binti Ismail
(GPK Kurikulum)
Pn. Hjh Faridah Binti Ahmad
(GPK Hal Ehwal Murid)
En. Razali Bin Ahmad
(GPK Ko-kurikulum)
Pn. Norashidah Binti Che Hassan
(GKMP Bahasa)
Pn. Norehan Binti Hassan
(GKMP Sains dan Matematik)
Pn. Norhayati Binti Zakaria
(GKMP Teknik dan Vokasional)
Pn. Ira Irniyati Binti Ibrahim
(GKMP Kemanusiaan)
Pn. Ruzawati Binti Ramly
(GKMP Pengajian Islam)
En. Abd. Khalid Bin Daud
 (Guru Cemerlang)
Pn. Maisarah Binti Musa
Pn. Aishah Peong Binti Abdullah
En. Mohd Shahrir Bin Hamzah
Pn. Warniza Binti Wahab
En. Kasim Bin Zainal
En. Rosyaimi Bin Ramli
 (Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa)
Cik Zuraida Binti Zakaria
Pn. Ana Afzan Binti Arshad
Pn Azati Binti Ab. Aziz

Bilangan Guru: 57 orang
Bilangan Staf Sokongan: 20 orang

Sejarah Sekolah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya,sekolah ni telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau,Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 adalah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.
Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan.Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan.Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang.
Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent dan Thinker, dan sekaligus membentuk singkatan nama sekolahnya iaitu SBPIT.
Pada 30 April 2011, sebuah mesyuarat rasmi telah dijalankan di SBPI Temerloh untuk membentuk Alumni rasmi SBPI Temerloh dengan gelaran AITEM (Alumni SBP Integrasi Temerloh).


Geografi

Sekolah ini terletak di daerah Temerloh, Pahang, Malaysia. Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau, 15 kilometer dari bandar Temerloh, dan 42km daripada bandar Jerantut. Pekan yang terdekat ialah Pekan Kerdau, kira-kira 1.5 km dari SBPIT. Terletak di jalan Temerloh-Jerantut, sekolah ini dikelilingi oleh kehijauan alam sekitar seperti kebun getah dan sebagainya. Di bahagian belakang sekolah ini, terdapat sebuah paya. Sekolah ini dibina di atas kawasan berbukit yang menyebabkan kejadian banjir tidak pernah melibatkan sekolah ini.
Sekolah ini terletak di antara Kampung Ketam dan Pekan Kerdau.

Bagaimana ke SBPIT?

Dari Kuala Lumpur, ambil laluan ke Lebuhraya Pantai Timur, LPT dan keluar di exit Temerloh. Anda akan berada di simpang tiga dan ambil laluan ke kanan (Jerantut). Sebuah papantanda telah didirikan di simpang iti. Pandu terus untuk jarak lebih kurang 6.5 kilometer, dan selepas Kampung Ketam, anda akan mendapati sekolah di sebelah kanan anda.
Dari bandar lama Jerantut, bergerak ke bandar Inderapura menuju ke simpang tiga di hadapan Masjid Tengku Abdullah dan ambil jalan menuju ke Temerloh. Bergerak terus sejauh 42km dan sekolah ini terletak di sebelah kiri anda.
Dari bandar Temerloh, ambil jalan menuju ke Mentakab. Dalam perjalanan, terdapat simpang empat menuju ke Jerantut dan Mentakab. Di simpang itu, ambil jalan ke kanan dan bergerak sejauh 15km melalui jalan Temerloh-Jerantut. Sekolah berada di sebelah kanan anda.
Selain itu, sekolah ini juga boleh diakses melalui perkhidmatan awam seperti bas dan teksi. Perkhidmatan bas Transnasional Jerantut-Temerloh atau Temerloh-Jerantut akan melalui hadapan sekolah ini.
Melalui kereta api KTMB, pengguna boleh berhenti di Stesen Kuala Krau, atau Mentakab; dan kemudiannya menggunakan bas atau teksi terus ke sekolah.




Peta Lokasi SBPIT( click here )
 
BILANGAN MURID
                       
         KAUM

TINGKATAN
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH
JUMLAH
KESELURUHAN
   L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
SATU
44
46
0
0
0
0
0
0
44
46
90
DUA
38
44
0
0
0
0
0
0
38
44
82
TIGA
47
45
0
0
0
0
0
0
47
45
92
EMPAT
73
69
0
0
0
0
0
0
73
73
146
LIMA
56
63
0
0
0
0
0
0
56
63
119
JUMLAH
258
267
0
0
0
0
0
0
258
267
529

 
LENCANA SEKOLAH




1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !