Keputusan PMR 2011 SBP Integrasi Temerloh



SBPIT

60 orang semua A , peningkatan 32.54% , GPS meningkat dari 1.17 ke 1.08 .
Tahniah kepada seluruh warga sekolah !
Ini yang terbaik dalam sejarah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh !

Bil calon : 92 ( GPS : 1.08 )
9A --> 60
8A --> 21
7A --> 7
6A --> 1
5A --> 2
4A --> 1

B. Arab --> A : 74, B --> 8, C : 10 ( 1.30 )
B. Melayu --> semua A ( 1.00 )
B. Inggeris --> A : 72, B : 19, C : 1 ( 1.23 )
Sejarah --> A : 84, B : 8, C : 1 ( 1.11 )
Geografi --> A : 90, B : 2 ( 1.02 )
Pendidikan Agama Islam --> semua A ( 1.00 )
Sains --> A : 90, B : 2 ( 1.02 )
Maths --> semua A ( 1.00 )
Kemahiran Hidup --> semua A ( 1.00 )
Syabas !

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Permohonan melalui UPU 2012


18 NOVEMBER 2011 : PEKELILING - Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2012/2013 




Maklumat Tambahan !

Mulai tahun 2012 kemasukan pelajar ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) akan diselaraskan oleh BPKP JPT.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Jangan hanya sekadar 'maaf' , Usaha tebus sedaya-upaya

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------

Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H

semoga kehadiran tahun hijrah yang baru ini
kita dapat menggandakan amalan kita
untuk bekalan akhirat kelak :)


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Saat Sesi Persekolahan Sudah Tamat...

We do not remember days, we remember moments...

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


WALAU SESI PERSEKOLAHAN SUDAH TAMAT, 
JANGAN PERNAH LUPA PERJUANGAN ANDA SEBAGAI SEORANG PELAJAR!
TERUSKAN RISALAH HIDUP DENGAN AZAM BARU PADA SETIAP HARI!

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SELAMAT BERCUTI !


CUTI SEKOLAH TIBA LAGI !

INI ADALAH PENGAKHIRAN BAGI TAHUN 2011 DI SEKOLAH.
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SBPI TEMERLOH.
SEMOGA CUTI ANDA PENUH BERMAKNA DAN JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN.

SEMOGA BERSERONOK !!!

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SAYA , BELOG BUDAK KECIK 2011

BEN ASHAARI


Salam, entri blog UBK SBPI Temerloh hari ini 'special' sikit. Entri blog ini untuk menyertai segmen yang dibuat oleh Abang Ben Ashaari.

Untuk pengetahuan abang Ben , UBK bermaksud Unit Bimbingan dan Kaunseling

Blog ini telah dibuat oleh 4 orang . Saya Nik Muhammad Faiz bin Mansor mewakili mereka untuk segmen ni . Okay sekarang untuk memenuhi syarat2 segmen tersebut .

Latar belakang :

Nama dah sebut dekat atas tadi , umur 15 tahun . Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh .
tujuan buat blog ni sebenarnya untuk pertandingan , tapi dah lama-lama tu rasa bertanggungjawab pula nak majukan blog ini .

Sebab ingin dikenali ramai :

Seperti yang anda dapat lihat dalam blog ini , terdapat banyak link2 yang berguna .saya inginkan blog ini menjadi berguna kepada semua . oleh kerana sekarang da pukul 5.50 . dan segmen ini akan ditutup pada pukul 6 . anda boleh la EXPLORE sendiri blog ini . terima kasih kepada abang BEN ASHAARI untuk segmen ini . sekian .




1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SBP INTEGRASI TEMERLOH NAIB JOHAN PERTANDINGAN MEREKAYASA BLOG UBK SEKOLAH

TARIKH : 11 & 12 November 2011
TEMPAT: SMK Bentong, Pahang

kontinjen SBP Integrasi Temerloh

NAIB JOHAN!

' Alhamdulillah' ;)

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAMAT SUDAH PERTANDINGAN MEREKAYASA BLOG UBK SEKOLAH :)

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KONTINJEN SBPIT YANG TELAH BERJAYA BERHADAPAN DENGAN 7 ORANG JURI DALAM PERTANDINGAN MEREKAYASA BLOG :)

K.A.M.I

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling

Pertandingan Blog Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah


Selamat maju jaya kepada skuad pembikin blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SBP Integrasi Temerloh.

Pelajar-pelajar yang terlibat :-Nik Muhammad Faiz Bin Mansor
                                                      -Muhammad Hijaz Bin Jamal Abdul Nasir
                                                             -Nur Farhana Atira Binti Mohd Rosol Khudus
                         -Nabihah Binti Azhary



Semoga mendapat johan !

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2011

TARIKH : 11 November 2011
TEMPAT: Ruang Legar IPT, SBP Integrasi Temerloh
SASARAN: Para pelajar Tingkatan 5




Para pelajar sedang mendengar ucapan daripada Ketua Pelajar SBPIT, Muhamad Ehsan Fitri



Puan Normah binti Ismail sedang memberi ucapan



Ucapan daripada PPD Temerloh, Puan Asiah bt Hamzah



Sesi pemberian cenderahati



Pelajar batch Altima0711 bergambar kenangan bersama dengan warga pendidik SBPIT



1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ruang Muhasabah Sebelum Menghadapi Peperiksaan

Pandang semula ke belakang.
Benarkah sudah studi dengan bersungguh-sungguh? Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa?

Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita? Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain? Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita? Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?

Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Tuhan? Apakah kita melaksanakan perintah Tuhan? Adakah kita meninggalkan larangan Tuhan? Atau kita tidak peduli dengan itu semua?

Ya. Pandang semua ini. Pandang.

Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.

Bukan salah Tuhan yang menentukan segalanya sebenarnya. Salah kita.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SELAMAT MAJU JAYA

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA CALON SPM 2011. JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DAN TERUSKAN PECUTAN TERAKHIR!

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

10 Zulhijah 1432h


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA
diucapkan khas kepada semua warga SBPIT dari pihak UBK SBPIT.
Semoga anda diberkati Allah swt.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KEPENTINGAN IBADAH KORBAN




‎1.Ibadah Korban pengampun dosa

“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim)


2.Ancaman meninggalkan Korban sekiranya mampu

“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PROGRAM MASAK-MASAK PERDANA

TARIKH : 1 November 2011
TEMPAT: SBP Integrasi Temerloh
MASA    : 8 am - 10 pm
PENGLIBATAN: Warga LUMINOUS96 , guru-guru & staf SBPIT


para pelajar sedang menyediakan bahan untuk memasak rendang

Puan Warniza sedang mengajar kaedah menganyam ketupat palas

" fuh! penat tapi seronok :)"

nak rendang?

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MALAM PANCADELIMA 2011 ( THE ARABIAN NIGHT)

TARIKH : 29 Oktober 2011
TEMPAT: Dewan Darun Nadwah SBP Integrasi Temerloh
TEMA    : Arabian Night
TUJUAN: Meraikan para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2011


Pelajar Tingkatan 5 bergambar bersama-sama para guru


Persembahan Tingkatan 2

Makan-makan :)


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MAN JADDA WA JADA

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KEPADA PARA PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 4...SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA..amin

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

HAPPY DEEPAVALI



Selamat menyambut perayaan Deepavali bagi mereka yang beragama Hindu.
Semoga merayakannya dengan harmoni :)

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Lawatan ke Kolej Komuniti, Temerloh

TARIKH : 20 Oktober 2011
TEMPAT: Kolej Komuniti, Temerloh
MASA : 8 pagi hingga 5 petang
SASARAN: Para pelajar Tingkatan 3
KURSUS: Kursus Pembuatan Cup Cake, Kraftangan Simen, Penghasilan Blog dan Kraftangan Kayu


Sebahagian pelajar tingkatan 3 sedang mempelajari kaedah untuk membuat blog.


Pelajar - pelajar sedang mengadun doh kek cawan.


Inilah hasil kek cawan yang dibuat.


Pelajar-pelajar sedang makan tengah hari dengan selera.

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PERTANDINGAN PERSAHABATAN SBPIT - SMK KERDAU

TARIKH : 18 Oktober 2011
TEMPAT: Padang Bola Jaring SBPIT & Pusat Rakan Muda Desa Murni
MASA    : 8 am - 2 pm
PERTANDINGAN: Bola Jaring & Futsal


FUTSAL




SKUAD SBPIT


JUARA KESELURUHAN !


BOLA JARING


SKUAD SBPIT(pink) dan SMK KERDAU(kuning)




Alhamdulillah SBPIT  menjuarai kedua-dua pertandingan .
Tahniah kepada yang bertanding !

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Jati Diri Bersama Masyarakat (Program Jalinan)



Tarikh : 12 Oktober 2011
Tempat : Masjid Bandar Kerdau dan Masjid Paya Taram, Temerloh, Pahang.
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling , SBPIT dengan kerjasama PIBG, JKKK Paya Taram dan Sekolah Kebangsaan Paya Taram .




Jom, gotong royong memasak dan membersihkan masjid


Pelajar, guru dan staff sedang menyediakan bahan-bahan masakan.


Pelajar-pelajar sedang mengecat pagar Masjid Bandar Kerdau.


Gotong-royong membersihkan masjid lama kg. paya taram

Aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan peralatan memasak

Memasak ke Mengacau AJK Masakan??

Jamuan makan tengah hari


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

AKTIVITI SUKANEKA BERSEMPENA PASCA PMR

TARIKH : 14 Oktober 2011
TEMPAT: Padang Bola Jaring SBPIT 
MASA    : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Permainan musical chair bagi pelajar lelaki.


Permainan musical chair bagi pelajar perempuan.


Cepat lari !


Hati - hati bawa air dalam straw.


1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !