Perkhidmatan UBK



VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.


MISI


Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH


Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


SENARAI TUGAS

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)


1.
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3.
Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4.
Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6.
Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.

9.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.
Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11.
Merancang, melaksana, mengawalselia  dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13.
Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18.
Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20.
Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21.
Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22.
Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23.
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24.
Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25.
Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.




BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB



Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

1.      AKADEMIK :
                                i.            INPUT:  
                                         -    Pemilihan mata pelajaran elektif
 -    Kemahiran belajar
a.      Membaca
b.      Mencatat / mengambil nota
c.      Pengurusan masa
d.      Pengurusan diri
e.      Mendengar
f.       Mengingat
g.      Mengulangkaji
h.      Menjawab soalan peperiksaan
i.        Menghadapi peperiksaan
-   Pengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di IPT.

                              ii.            KAEDAH: 
                                        -     Bimbingan kelompok
-     Bimbingan individu
-     Bengkel
-     Seminar
-     Kem / perkhemahan
-     Tayangan video
-     Pembimbing rakan sebaya (PRS)
-     Taklimat
-     Kolokium
-     Tutor sebaya
-     Mentor mentee
-     Lawatan
-     Ceramah
-     Pameran
-     Bank maklumat manual
-     Bank maklumat berkomputer

2.      KERJAYA
    i.  INPUT : -  Inventori minat
                       -  Inventori personal
                       -  Inventori nilai
                       -  Pemilihan mata pelajaran elektif
                                   -  Pengumpulan maklumat kerjaya
                                   -  Pendedahan kerjaya
                                   -  Peluang latihan kerjaya
                                   -  Penyebaran maklumat

                 ii. KAEDAH:  -     Bimbingan kelompok
-     Bimbingan individu
-     Lawatan
-     Ceramah
-     Forum
-     Seminar
-     Tayangan video
-     Pertandingan-pertandingan ( Media Maklumat Kerjaya ; Buku Skrap Kerjaya; Eksplorasi Alam Kerjaya; Poster Kerjaya; Sketsa Kerjaya )

3.  PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL
               i. INPUT: - Ujian Personaliti
                                - Senarai semak masalah
                                - Merujuk kad maklumat diri (jika perlu)
                                -  Kemahiran Komunikasi
                                - Kemahiran asertif / tegas diri
                                - Penyaringan maklumat
                                - Pengurusan tekanan
                                - Kemahiran rohani
                                - Kemahiran membuat keputusan
                                - Kemahiran pengawalan diri
                                - Kemahiran aplikasi
                                - Kemahiran sintesis
                                - Kemahiran analisis kritikal
                                - Pengekalan penghargaan kendiri / self-esteem
                                - Perkembangan keremajaan
                                - Konsep kendiri
                                - Program orientasi

             ii. KAEDAH :     -     Bimbingan kerjaya merentasi kurikulum dan kurikulum PRS
-     Bimbingan kelompok
-     Bimbingan individu
-     Forum
-     Kursus
-     Bengkel
-     Seminar
-     Kem bina insan / diri kolokium
-     Rehlah
-     Lawatan
-     Tayangan video
-     Kaunseling keluarga
-     PRS
-     Latihan dalam kumpulan
-     Aktiviti simulasi kumpulan
-     Perkhemahan ibadah
-     Ceramah

4. KEIBUBAPAAN
          i. INPUT: - komunikasi
                          - Perkembangan individu
                          - Isu-isu kekeluargaan - kepimpinan
                                                              - perkembangan remaja masa kini dan akan dating
                                                              - kerukunan dan kesejahteraan keluarga

         ii. KAEDAH:          -    Ceramah
-    Seminar
-    Bengkel
-    Perkhemahan keluarga / hari keluarga
-    Lawatan ke rumah (Home Visit)
-    Khidmat konsultansi
-    Kursus kemahiran keibubapaan
-    Konferens
-    Buletin keluarga
-    Pameran
-    Bimbingan individu
-    Bimbingan kelompok

5. PEMBANGUNAN DIRI
      i. INPUT: - Kemahiran komunikasi
                       - Kemahiran penyelesaian masalah
                       - Kepempinan
                       - Kemahiran tegas diri 
                       - PRS
                       - Kemahiran sosial
                       - Kemahiran pemilihan aktiviti keutamaan
                       - Pengurusan diri

    ii.KAEDAH:                -   Bimbingan individu
                                        -   Bimbingan kelompok
-   Latihan dalam kumpulan
-   Lawatan ke rumah
-   Ceramah
-   Bengkel
-   Praktikum PRS

6. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH / ROKOK / INHALAN / HIV / AIDS
       i. INPUT:  - Kemahiran asertif
                        - Kemahiran sosial  
            - Perkembangan seksual
            - Sikap benci pada dadah
            - Kemahiran menghindar jangkitan HIV / AIDS
            - Pendidikan kekeluargaan

        ii. KAEDAH:           -  Ceramah
-  Seminar
-  Pertandingan esei / pidato / poster / boria / nasyid
-  Kuiz 5 minit anti-dadah
-  Pameran
-  Bengkel
-  Bimbingan individu
-  Bimbingan kelompok

7. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
       i. INPUT:  - Maklumat kerjaya
                        - Maklumat pendidikan
                        - Latihan
                        - Maklumat dadah
                        - Maklumat HIV/ AIDS
                        - Maklumat bahaya rokok dan kesihatan
                        - Rancangan tahunan
                        - Kertas kerja program
                        - Buku rekod perkhidmatan
                        - Borang-borang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
                        - Jadual waktu perkhidmatan
                        - Maklumat murid
                        - Laporan program
                        - Keceriaan bilik kaunseling
                        - Papan kenyataan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
                        - Laporan dan rekod sesi
                        - Penilaian program
                        - Rekod dan laporan kewangan
                       
       ii. KAEDAH:            -   Sistem fail
-   Paparan
-   Sebaran
-   Brosur / pamphlet
-   Poster
-   Buku
-   Buku skrap
-   Perkongsian

8. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
         i. INPUT:  -Akademik
                          - Kerjaya
                          - Psikososial
                          - Keluarga
                          - Peribadi
                          - Kes disiplin
                          - Dadah
                          - HIV / AIDS

          ii. KAEDAH:         -   Kaunseling individu
-   Kaunseling kelompok
-   Bimbingan individu
-   Bimbingan kelompok
-   Konsultasi



PENGERTIAN KAUNSELING


Sesi Kaunseling Individu


Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
  • Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
  • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.
  • Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar. Apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.








                                            TUJUAN KAUNSELING




Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan pelajar di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan pelajar bersetuju bahawa pelajar tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya pelajar tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh pelajar hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Antara tujuan kaunseling iaitu:
  1. Menolong mengubah tingkah laku pelajar.
  2. Menambahkan kemahiran pelajar mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
  3. Menambahkan kemahiran pelajar membuat keputusan pada saat-saat penting. Pelajar diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  4. Membaiki perhubungan pelajar dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong pelajar meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  5. Membantu perkembangan bakat pelajar. Kaunselor membantu pelajar mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada pelajar bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong pelajar mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang pelajar itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh pelajar dan kaunselor mengikut keperluan pelajar.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang pelajar:
  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya pelajar bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap pelajar dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan pelajar dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, pelajar belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani pelajar dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai pelajar tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
                                       

1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !