Pemuda, kini harapan di tangan anda, apakah anda mahu bersama kapal penggerak umat ini? Mari kita bersama dalam bahtera ini. Setiap kita bertanggungjawab membangunkan penjuru-penjuru negara yang luas ini. Ayuh mari kita persiapkan diri. Barangsiapa yang tidak bersiap untuk menguasai mana-mana penjuru dan tidak mahu menguasai suatu bidang yang menjadikannya sebagai “pembuat kehidupan”, sebaliknya memilih untuk menjadi mahasiswa penggiat skrin, dengan menonton movie, video game, facebook (sehingga lara), atau syok bercinta di jalan yang keruh, maka bahtera kekuatan ini tidak akan menunggu anda, kerana kami yakin, di luar sana, masih ada ramai hati-hati yang serius dan bersungguh untuk menyertai bahtera ini.
Bangkitlah pemudaku, berusahalah menjadi pemuda yang gagah berani, siap untuk menempuh ujian dan beban, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan negara dan generasi seperti inilah yang sanggup memikul amanah membela negara, serta bersedia berkorban menghadapi tribulasi perjuangan dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, cita-cita ini akan mendapat kebaikan, keampunan dari Tuhan dan syurga yang tidak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih (beruntung). Bangkitlah untuk menyertai bahtera pembangunan negara ini! |
0 comments:
Post a Comment