KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) PERINGKAT KEBANGSAAN 2016


KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA(PRS) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

     Pada 6 - 9 April 2016, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai Kursus Kepemimpinan Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan tahun 2016 selama empat hari tiga malam si Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan. Kami diiringi oleh Cik Zuraida Binti Zakaria selaku guru kaunselor di sekolah kami. Program ini bertujuan untuk memupuk dan memperbaiki nilai-nilai yang perlu ada dalam diri seorang pembimbing rakan sebaya. Disana kami mempelajari banyak perkara seperti bagaimana hendak mengendalikan sesbuah program, bagaimana mahu berkomunikasi secara berkesan dan bagaimana untuk mengendali rakan-rakan yang inginkan sesi kaunseling bersama kita,PRS. Kami telah menerima banyak input-input berguna yang boleh dikongsikan kepada para pelajar SBPIT khususnya pelajar baru tingkatan satu dan empat. Berikut merupakan nama-nama pelajar yang telah menyertai kursus tersebut:
  1. MUHAMMAD AMIR SYAFIQ BIN SUFFIAN
  2. MUHAMMAD ISKANDAR BIN ZULKORNAIN
  3. SITI NAZURAH BINTI B. AMRA
  4. ZEITY ZULAIKHA BINTI AMRAN

        Peserta lain juga merupakan pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di negeri-negeri Zon 2 iaitu terdiri daripada Zon Timur, Pahang dan Terengganu, Zon Tengah iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan Zon Selatan iaitu Johor,Negeri Sembilan dan Melaka. Kesemua peserta merupakan pelajar tingkatan empat. Antara aktiviti yang dlakukan ialah ceramah bertajuk "KOMUNIKASI BERKESAN" oleh Tuan Jasmi Ibrahim,Program Energizer oleh En. Fuad Abdul Wahab dan kemuncak kursus iaitu Program Outreach ke sekolah-sekolah rendah sekitar daerah Rembau. 





1SEKOLAH 1BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's draw our own doodle !